Pemilihan akhir Pembidaan Sukan Olimpik 2008

Pada pusingan pertama pengundian, hanya Beijing, Toronto, Paris, dan Istanbul yang tinggal; Osaka telah disingkirkan selepas hanya memperoleh enam undi sahaja. Pada pusingan kedua, Beijing memperoleh undian yang banyak daripada majoriti mutlak, dan tiada pusingan penentuan diperlukan. Keputusan[1] pada pusingan kedua seperti berikut: Beijing memperoleh 56 undi, Toronto 22, Paris 18, dan Istanbul 9. Walaupun begitu, dakwaan mengenai bidaan dari Paris dan Toronto juga secara teknikal sebagai pencabar dinyatakan, IOC, pimpinan Juan Antonio Samaranch, menunjukkan rasa belas kasihan dan teringin melihat China, negara paling ramai penduduknya di dunia, menjadi tuan rumah Pergerakan Olimpik.

Permohonan IOC diklasifikasikan[2] sebagai "sistem politik" sebagai "tugas untuk China" dan mendakwa: "The overall presence of strong governmental control and support is healthy...". Li Lan-Qing (17-07-2001, Perdana Menteri China): "The winning of the 2008 Olympic bid is an example of the the international recognition of China's social stability, economic progress and the healthy life of the Chinese people."

Sementara banyak negara memuji keputusan ini, kumpulan penentang mengemukakan isu hak asasi China sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya diterima. Parlimen Eropah mengemukakan isu mengenai resolusi[3] mengenai bidaan Beijing sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Untuk menghadapi isu yang dikaitkan itu, Beijing memilih moto iaitu "New Beijing, Great Olympics" bagi membuka lembaran baru ke atas negaranya bagi millennium yang baru.

Di Toronto, banyak sebab yang menyebabkan bandar raya itu tewas atas faktor Vancouver dipilih menjadi tuan rumah pada Olimpik Vancouver 2010.

Pemilihan Tuan Rumah Olimpik 2008
- keputusan kertas undi
Bandar rayaNOCPusingan 1Pusingan 2
Beijing China4456
Toronto Kanada2022
Paris Perancis1518
Istanbul Turki179
Osaka Jepun6